Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dih] | سديه

Definisi : sedan, sedu: tangis dan ~; tersedih-sedih tersedan-sedan, tersedu-sedu, teresak-esak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dih] | سديه

Definisi : 1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, men­dukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dih] | سديه

Definisi : 1 = ~ hati rasa pilu dlm hati; susah hati: ~ rasanya mengenang peristiwa-peristiwa yg lalu. 2 dpt menimbulkan rasa pilu (hiba): cerita-cerita ~. bersedih, = ~ hati berasa pilu (hiba); berdukacita. menyedihkan menyebabkan berasa sedih; menimbulkan rasa sedih: Apa yg ~ kamu?. Keadaan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar amat ~. kesedihan perasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati. penyedih orang yg mudah atau selalu berasa sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedih (kata nama)
Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan.,
Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan,

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Air diminum terasa duri,
     nasi dimakan terasa sekam.

Bermaksud :

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sedih kita tidak dapat kuasai bahasa MalaysiaNaimi JamilUtusan Malaysia03.08.2007
Sedih dengan sikap bangsa MelayuPrihatinUtusan Malaysia15.04.1994
Sedih masih ada yang pertikai bahasa MalaysiaMisaUtusan Malaysia31.10.1991
Sedih-pilu-geram-marahAzizi Haji AbdullahMingguan Timur11.07.1982
Sedih dan pilu terhadap kepupusan budaya tradisionalIbrahim OmarUtusan Zaman31.01.1988
Sedih penggunaan perkataan tak betul di radio, tvTiadaBerita Harian12.01.1974
Sedih dan pilu terhadap kepupusan budaya tradisionalTiadaUtusan Zaman03.01.1988
Sedih IIM. Said MuharamBerita Minggu08.05.1994
SedihM. Said MuharamMingguan Famili21.12.1986
SedihM. Said MuharamMingguan Famili21.12.1986
123456

Kembali ke atas