Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé/.sa] | سيقسا

Definisi : (séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, ke-sakitan, dll) yg dideritai sbg hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya, azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih, sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar; menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri; menyeksai menyeksa berkali-kali; terseksa (telah) mengalami seksa (keseng­saraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah ceng­kaman musuh; seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; penyeksaan perihal menyeksa, penganiaya­an: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; penyeksa 1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé/.sa] | سيقسا

Definisi : /séksa/ 1 kesakitan yg diderita atau yg ditanggung sbg hukuman; hu­kuman yg menyakitkan: Azab ~ Tuhan akan menimpa orang-orang yg tidak jujur. 2 sengsara; susah (bkn hidup dll): Hidupnya ~ benar. menyeksa 1 menghukum seseorang dgn men­jadikan ia sengsara (sakit, susah dll): Tidak baik ~ orang yg tidak berdosa. 2 menyebabkan berasa susah (sengsara dsb): ~ diri. terseksa dlm keadaan mengalami seksa: Dia sanggup pergi drpd ~ berpanjangan. seksaan rasa seksa: ~ yg ditanggung. penyeksaan perbuatan (hal dsb) menyeksa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seksa (adjektif)
Bersinonim dengan sengsara, susah, perih, perit, pedih, azab, derita, getir, pahit, sempit, payah, sakit, hajab;,
Kata Terbitan : menyeksa, seksaan, penyeksaan, penyeksa,

Puisi
 

Malam ini malam Selasa,
     Malam besok malam Arbaª;
Lepas kamu dari seksa,
     Di hari kiamat minta doa.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Seksa KematianJihaty AbadiMingguan Malaysia14.12.1969
SeksaWan ZainabMingguan Wanita17.10.1986
SeksaAineh SinsianSabah Times17.09.1989
Jangan seksa pembaca dengar karya panjangTiadaBerita Harian26.11.1997
Bapa rogol anak, emak seksa anakShahnon AhmadUtusan Malaysia10.08.1991
Tiga penyaer muda dengan 'hidup di-seksa derita'Mustapha Kamil YassinBerita Minggu19.05.1953

Kembali ke atas