Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.mat] | سلامت

Definisi : 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa per­sembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimat­kan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. menge­bumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (sela­matan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejah­teraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) me­nye­­lamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.mat] | سلامت

Definisi : 1 terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gang­guan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi. 2 ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang apa-apa, tidak terjadi sesuatu yg tidak baik, atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu, banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. menyelamatkan mengusahakan su­paya selamat; menjauhkan bencana atau bahaya: Mereka lari lintang-pukang kerana hendak ~ diri. keselamatan keadaan selamat; keamanan: Pasukan polis menjaga ~ dlm negara. penyelamat orang yg menyelamatkan (seseorang atau sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat

Puisi
 

Kalau tumbuh lalang di Bucut,
     Tempat selamat bermain pedang;
Kalau sungguh janji tak lucut,
     Bagi alamat saya nak pegang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kalau pandai meniti buih,
     selamat badan sampai ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Selamat Malam, Malioboro, Selamat Malam, SemuanjaWidyarto Adi P. SSinar Harapan23.06.1971
Selamat tinggal SRP, selamat datang PMRAdibah AminUtusan Malaysia25.09.1992
Selamat tinggal SRP, selamat datang PMRAdibah AminUtusan Malaysia06.09.1992
Selamat datangMaha SabahUtusan Borneo05.04.2009
Selamat pulang nakhoda terbilangMohd TasipNew Sabah Times12.02.2006
Selamat tinggal gelombangDihsarludbaHarian ekspres08.02.2009
Selamat berjuang mujahidYusuf NurUtusan Borneo18.01.2009
Selamat tinggal 2008ZilahNew Sabah Times28.12.2008
Selamat Tinggal SayangDayang MarlinaNew Sabah Times22.04.2008
Selamat Hari IbuKathirina Susannan TSUtusan Borneo19.05.2008
12345678910...

Kembali ke atas