Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lar] | سلر

Definisi : ; tanda ~ cap atau tanda (yg dibakar dahulu sebelum digunakan); menyelar 1. membubuh tanda dgn besi panas: penternak itu ~ lembu peliharaan mereka; 2. ki mengecap (dgn kata-kata), mengecam, membidas (dgn kerasnya): Munsyi Abdullah ~ beberapa adat istiadat yg membazir dan pincang yg berlaku di Pahang; 3. Mn meng-goreng (ikan dll); selar-menyelar tuduh-menuduh (kata-me­ngata dll); menyelarkan membubuh (tanda) pd se­suatu: dia ~ tanda bintang pd lembu itu; selaran 1. hasil menyelar (dgn besi panas); ~ matahari keadaan merah dan melecur pd kulit akibat terlalu lama berjemur di bawah matahari yg panas terik; 2. ki tuduhan, kecaman, kritik: ~ ini menyakitkan juga hati kita yg mendengarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lar] | سلر

Definisi : sj ikan laut, Atule mate; ~ abu-abu (ubur-ubur) sj ikan laut, Caran-goides praeustus; ~ batang (keledek, renceh) sj ikan laut, Carangoides djedabba; ~ gelek sj ikan laut, Atule mate; ~ kuning sj ikan laut, pelata kuning, Selaroides leptolepis; ~ kuning jantan sj ikan laut, Selar boops; ~ letup-letup sj ikan laut, Carangoides oblongus; ~ papan sj ikan laut, Alepes vari; ~ pucat a) sj ikan laut, pelata bulat, lolong putih, Selar crumenophthalmus; b) sj ikan laut, Selar megalaspis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lar] | سلر

Definisi : ; ular tedung ~ sj ular, Ophiophagus hannah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lar] | سلر

Definisi : cap atau tanda yg dibuat pd kulit haiwan dsb dgn menggunakan besi yg dibakar atau besi panas. ~ matahari kesan pd kulit yg disebabkan oleh sinaran cahaya matahari: Terlampau banyak berjemur boleh menyebabkan ~ matahari. menyelar 1 membubuh tanda atau cap dgn besi yg dibakar. 2 ki mengeluarkan kata-kata yg mem­burukkan orang lain; mengecam; me­nuduh. menyelarkan membubuh sesuatu sbg tanda pd kulit haiwan dsb: Pekerja ~ tanda bintang pd lembu-lembu itu. selaran ki kata-kata yg mem­burukkan orang lain; kecaman; tuduhan: ~ ini menyakitkan hati kita yg mendengarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.lar] | سلر

Definisi : nama sj ikan laut, Caranx spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selar (kata nama)
Bersinonim dengan tanda, cap, tera, cetakan, segel, setempel, mohor, meterai;,
Kata Terbitan : menyelar, selar-menyelar, selaran,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rejab selar majalah yang racuni jiwa pelajarTiadaBerita Harian27.02.1976
Anwar selar ulama jumudTiadaWatan16.04.1988
DBP selar sektor awam utama bahasa InggerisTiadaBerita Harian26.04.1997
Pena selar penulis ketepi faktaJamudin IdrisBerita Harian24.08.1998
Anwar selar setengah pendidik tidak punya cita-cita unggulTiadaHarian Ekspres10.09.1988
Sulaiman selar pelukis bercakaranQuek, LawrenceUtusan Malaysia18.04.1995
3P selar pemerhati luarRalisma R. NMingguan Timur11.04.1982
Takdir selar HemingwayPenulis KhasWarta Tebrau26.08.1982
Jins selar pihak yang suka tembak dari belakangDinamisMingguan Wanita25.07.1986
Ismail Hussein selar Shahnon tuduh Gapena bisuAinol Amriz IsmailUtusan Malaysia06.05.2000
12

Kembali ke atas