Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.wéng] | سليويڠ

Definisi : (seléwéng); menyeleweng 1. me­nyimpang dr arah yg betul, tidak menurut jalan yg betul: lembu yg kena rebuk itu ~ ke tengah jalan; 2. ki menyimpang dr tujuan sebenarnya, tidak menurut landasan-landasan (syarat, perintah, dll) yg telah ditetapkan, meng-khianati, membelot: hadirin dibawa balik kpd tajuk perbincangan kiranya mereka ~; menyelewengkan 1. menjadikan menye­leweng (menyimpang dr tujuan dll): saya me-lihat gerak hidup beberapa cabang kesenian yg telah diselewengkan hingga menyalahi prinsip susila Timur; 2. meng­gelapkan, men-curi: dan kemudian dia di­tangkap terbukti ~ gula pasir; terseleweng telah menyeleweng atau dise­lewengkan: rakaman dan tafsirannya ~ drpd yg sebenarnya; penyelewengan perbuatan menyeleweng­(kan), penyimpangan: ~ drpd dasar, memi­sahkan kita drpd hakikat pengajaran agama; penyeleweng orang yg menyeleweng, pem­belot: aku yg berjuang menentang pen­jajahan, sekarang dituduh sbg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.wéng] | سليويڠ

Definisi : /seléwéng/; menyeleweng 1 menyimpang dr arah (jalan) yg sebenarnya. 2 tidak menurut syarat-syarat dll yg telah ditentukan; me­nyimpang drpd tujuan yg sebenarnya: Ketika kita berbincang ttg hal itu, kita tidak harus ~ kpd perkara-perkara lain. menyelewengkan 1 menjadikan me­­­- (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.lé.wéng] | سليويڠ

Definisi : nye­leweng: ~ dasar perjuangan. 2 men­­­­curi apa-apa yg diamanahkan kpd­nya; menggelapkan: Dia dituduh ~ wang syarikatnya. penyelewengan per­buatan (hal dsb) menyeleweng atau menyelewengkan. penyeleweng orang yg menyeleweng atau yg me­nyelewengkan sesuatu; pembelot: ~-~ akan dipecat drpd menganggotai parti itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seleweng
Kata Terbitan : menyeleweng, menyelewengkan, penyelewengan, penyeleweng,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Seleweng: Pesbana patut tubuh jawatankuasa tindakAzmi IbrahimWatan04.03.1983
Buku seleweng sejarah Islam dijual di pasaranMohd. Fairuz YusofUtusan Malaysia18.08.2003
Tiada bukti seleweng dalam pengurusan ITNMTiadaUtusan Malaysia16.05.1994
Gabungan Teater Wilayah dituduh selewengAmir IshakMingguan Tanahair01.04.1982
Jaminan Khlil akan teliti laporan seleweng syarat July PaperAkhbar:  Harian Nasional16.06.1984

Kembali ke atas