Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.di/] | سليديق

Definisi : teliti dan cermat: terlalu rajin ia be-lajar bahasa Melayu serta dgn ~nya; menyelidik, menyelidiki 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk men-dapat keterangan dsb tentang sesuatu: bebe-rapa orang pakar sedang ~ kemung­kinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh; penyelidikan perbuatan menyelidik, peme­riksaan: ~ telah pun dijalankan tentang kanak-kanak; penyelidik 1. orang yg menyelidiki (mem­pelajari dgn sungguh-sungguh) sesuatu: Raja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yg cermat; 2. pengintip, penyuluh, peluluk: komandan daerah gerila telah mengirim ~ ke segenap kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.li.di/] | سليديق

Definisi : cermat serta teliti ketika me­lakukan sesuatu: Dia telah menyiasat hal itu dgn ~nya. menyelidik 1 menyiasat utk mencari keterangan ttg sesuatu: Mereka sedang ~ sama ada perkara itu benar atau tidak. 2 mempelajari dgn sungguh-sungguh (utk mengetahui): Dia telah pergi ke kawasan itu utk ~ cara hidup orang di situ. 3 mengintai musuh; mengintip. penyelidikan perbuatan atau hal menyelidik; pemeriksaan: ~ ttg penyakit malaria telah dilakukan pd awal kurun kedua puluh. penyelidik 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. 2 orang yg mengintip musuh; pengintip; penyuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selidik
Kata Terbitan : menyelidik, penyelidikan, penyelidik,

Peribahasa

Jika tidak dipecah ruyung,
     di mana boleh mencapat sagu.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Selidik sebelum menulis karyaDaut NoorMetro Ahad17.03.1996
Selidik nama rumpun MelayuTiadaBerita Harian31.03.1997
Selidik lagu rakyat kerja main-main?TiadaBacaria31.07.1984
Sarawak selidik penggunaan bahasa MalaysiaTiadaBerita Harian14.05.1983
Kaji selidik filem melayu-Utusan Melayu18.01.1993
Projek selidik sejarah bahasa MelayuTiadaHarian Ekspres11.02.1984
3P selidik asal usul 'Cinta Sayang'Ramli IsmailBintang Timur13.12.1978
Program selidik sejarah Islam di Kepulauan MelayuTiadaBerita Harian03.12.1986
Unit khas selidik seni budaya rakyat ditubuhNik Mohamed OmarBerita Harian22.12.1980
Kementerian digesa selidik asal usul permainan wauTiadaBerita Harian25.08.1973
123

Kembali ke atas