Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.sih] | سليسيه

Definisi : 1. beza, perbezaan, kelainan: tidak jauh ~ umurnya dgn umur kakaknya; 2. tidak sama (pendapat, fikiran, dll), berbeza atau berlainan (pendapat dll); ~ basah simpang-siur (perahu dll); ~ faham (pendapat) berlainan faham (pendapat); berselisih 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; menyelisihkan, memperselisihkan 1. me­­nim­­bulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, memper­tikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan; selisihan sesuatu (angka, jumlah, data, dsb) yg berselisih: tugas yg asas ialah menye­diakan standard dan arahan bagi meng­hitung dan membuat ~ jadual data tersebut; perselisihan 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perba­lahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.li.sih] | سليسيه

Definisi : apa-apa yg menjadikan sesuatu berbeza drpd yg lain; beza: Umurnya dgn umur saya tidak jauh ~nya. ~ faham berlainan faham; salah faham. berselisih 1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen. 2 berlainan pendapat dll; tidak bermuafakat antara satu dgn yg lain: Mereka dpt bekerjasama dgn baik dan tidak pernah ~. 3 bertemu di jalan dlm keadaan bergerak tetapi menuju arah yg berlainan; berpapasan: Lorong itu dijadikan jalan sehala kerana sempit dan kenderaan tidak dpt ~. perselisihan perbezaan pendapat dll; perbalahan; pertikaian: Tidak berapa lama kemudian, berlakulah ~ antara orang Riau dgn orang Belanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selisih (kata nama)
Bersinonim dengan beza, perbezaan, kelainan, jauhnya, jarak, kacek, selang, lat, tengkang, senggang, jauh, langkau;,
Kata Terbitan : berselisih, menyelisihkan;memperselisihkan, perselisihan,

Puisi
 

Bukit Jertih berhutan buluh,
     Tempat raja pergi memburu;
Minta selisih malaikat empat puluh,
     Janganlah saya diberi malu.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Selisih HakikinyaNurulhuda Hazwani SaidUtusan Melayu18.12.2006
Selisih IAzmir Che IshakUtusan Melayu (Sastera dan Budaya)11.05.2001
Pernah selisih faham kerana cerpenHaniss AnyzaUtusan Malaysia01.10.1994
"Saya tidak ada selisih faham dengan lepas"Suhaimi Haji MuhammadUtusan Malaysia29.02.1972
Tolak ansur berjaya tamatkan selisih fahamZabhaMerdeka01.09.1986
Kassim Ahmad ditumbuk sebab selisih fahamTiadaUtusan Malaysia03.04.1981
Apa persoalan sebenar di sebalik selisih faham Pak Sako -GapenaZakry AbadiMingguan Malaysia18.10.1987

Kembali ke atas