Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : segenap, seantero, semuanya (di­anggap satu): Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd per-cakapan itu; menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : semuanya sekali dikira satu; segenap: ~ dunia. menyeluruh me­liputi atau mengenai semuanya sekali; terdapat di mana-mana; meluas: Hawar penyakit taun yg diberitakan itu tidaklah ~. keseluruhan hal seluruhnya (se­muanya): Fahami maksud ~ karangan ini dan jawab soalan-soalan yg berikut. pd ~nya pd umumnya (amnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Seluruh warga diminta jadikan Kuala Lumpur "kota harapan"TiadaUtusan Melayu29.11.1988
Seluruh Malam Basah (Oleh Hujan)Lim Swee TinMingguan Watan26.05.1996
Seluruh kegiatan mesti berlandaskan kebangsaan Melayu - Dato' ZainalAbidinTiadaUtusan Zaman20.04.1980
Seluruh Malaya di-istiharkan dharurat: orang2 kiri ramai di-tangkapAhmad BoestamamBerita Minggu28.11.1971
Seluruh rakyat perlu pertahan bahasa MelayuAkhbar:  Utusan Malaysia10.09.2002
Teater seluruh Malaysia: bagi mengekalkan hikayat warisan Melayu,...Izyan Liyana Mohd DarifKosmo15.04.2008
Rasmi: seluruh tanahair mula menyambut Minggu Bahasa KebangsaanTiadaUtusan Zaman31.01.1960
Aktiviti seluruh budaya di Muar akan dikajiTiadaBerita Harian05.03.1973
Penulis seluruh Pahang bersatu dalam DPMPAriffin SaidBerita Harian29.01.1978
Mencakupi seluruh kehidupanAmi MasraBerita Harian22.12.1989
12345678910...

Kembali ke atas