Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mua] | سموا

Definisi : 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; semua-semuanya segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mua] | سموا

Definisi : 1 tidak ada yg dikecualikan; sekalian; segala: ~ orang akan mati. 2 = semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Semua perlu sedar kepentingan PPSMIWan Syamsul AmlyUtusan Malaysia10.03.2009
Semua kesatuan guru tolak PPSMISyuhada Choo AbdullahBerita Harian30.12.2008
Semua penggiat seni diajak sambut Hari SenimanTiadaBerita Minggu25.05.2008
Semua perlu perkasa BMSiti Nur Almizan AripinBerita Harian23.08.2007
Semua pihak perlu mengetahui hak keistimewaan MelayuRahim ZainSiasah23.05.2007
Semua kementerian patut bantu DBPMohd. Arif AtanBerita Harian14.07.2006
Semua pihak wajar manfaat khidmat Dewan Bahasa dan PustakaMohd. Fuad RazaliBerita Harian08.09.2000
Semua pihak perlu martabatkan bahasa MelayuAkhbar:  Berita Harian18.10.2001
Semua aktiviti manusia dorongan nafsu kelamin?Nahmar JamilBerita Minggu08.04.1982
Semua guru mesti dilatih: Awang HadTiadaBerita Harian08.12.1980
12345678910...

Kembali ke atas