[seng.ké.ta] | سڠکيتا
Definisi : (sengkéta) 1. = persengketaan pertelingkahan, pergaduhan, perselisihan, pertentangan, pertikaian: Amerika diingat-kan supaya jangan campur tangan dlm ~ Arab-Israel; halangan-halangan ini mungkin disebabkan oleh ~ sesama sendiri di kalangan pemimpin Perikatan; 2. hal atau perkara (dr segi pengadilan): tidak ada ~ yg tidak dapat diselesaikan; bersengketa bergaduh, berkelahi, berselisih faham, bertelagah (pendapat dll): pihak-pihak yg ~ bersedia menghadapi persoalan itu dgn fikiran tenang dan terbuka; mempersengketakan memperbantahkan, mempertikaikan: Bahasa Kebangsaanlah yg menjadi soal yg dipersengketakan oleh kedua-dua pihak itu; persengketaan 1. perselisihan, pertelagahan, pertikaian, perbalahan: ~ antara dua orang adik-beradik itu berpanjangan kpd anak masing-masing; 2. perebutan (terhadap se-suatu): maka ~ itu diselesaikan dan sempadan kedua-dua buah negeri itu pun ditentukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[seng.ké.ta] | سڠکيتا
Definisi : /sengkéta/ pendapat yg berlainan yg menyebabkan orang berbalah atau berkelahi; perkara yg menimbulkan perbalahan dsb: ~ itu timbul kerana wang seringgit. Negara-negara asing tidak harus masuk campur dlm ~ kedua-dua negara itu. bersengketa berbalah atau bergaduh kerana berlainan pendapat; berselisih faham: Pihak yg ~ bersedia menyelesaikan pertikaian mereka. persengketaan perbuatan atau hal bersengketa; perselisihan (pendapat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)