Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nyap.se.nyap] | ٢ سڽڤ

Definisi : tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nyap.se.nyap] | ٢ سڽڤ

Definisi : 1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~, dia masuk ke biliknya lalu tidur. 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senyap (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu,
Berantonim dengan becok

3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap,
Berantonim dengan sibuk

4. Bersinonim dengan nyenyak: lena

Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan,

Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kaum Cina Malaysia senyap-senyap menukar corak merekaGoh Chong TeikBerita Harian18.01.1983
Dewan Persuratan Melayu Pahang bergerak senyap-senyapS. AhmadBerita Harian15.07.1971
Mansor Puteh buat filem Seman secara senyap-senyapJeeBerita Harian09.09.1985
SenyapRusdi Abd RahmanBerita Minggu09.09.2007
Senyap Pengunjung TamanHasyuda AbadiHarian Ekspres16.07.1995
Tangisan SenyapHashim IshakMingguan Tempo16.01.1994
Perang senyap di dunia teksAhmad Fauzi MudtaffaBerita Harian (Sastera dan Budaya)20.03.2001
Dalam Senyap BeginiMahtar RejabBerita Minggu14.12.2003
Mengapa PPJ Tangkak senyapHai Rozzaman JalalMingguan Famili27.12.1987
Tema bergerak maju dalam senyapKu Seman Ku HussainUtusan Malaysia08.09.1990
12

Kembali ke atas