Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiat­nya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1 satu orang. 2 sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hendak ke seberang seberang saja,
     Saya tak mahu berkuda-kuda;
Hendak seorang seorang saja,
     Saya tidak mahu berdua tiga.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Yang seorang memeram batu,
     yang seorang memeram pisang.

Bermaksud :

Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.

 

Lihat selanjutnya...(76)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(44)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Seorang Nenek Seorang CucuNormasri AdabiBerita Minggu01.07.1979
Dukalara Seorang Ayah, Seorang SuamiSiti Rahmah G. Hj. IbrahimDaily Ekspres18.05.1994
Seorang Tua Dan Seorang AnakMohammad Ghani AbdullahUtusan Zaman18.09.1994
Dioalog Seorang Abang Kepada Seorang AdikM. Z. SukreyHarakah13.01.1992
Sajak Untuk Seorang Gadis Dan Seorang KenalanMariam OmarHarian Ekspress10.06.1982
Sajak Untuk Seorang Gadis Dan Seorang KenalanMariam OmarHarian Ekspress10.06.1982
Seorang Anak Kecil Bernama GuruAdi Badiozaman TuahUtusan Sarawak16.05.2009
Seorang Nenek Tua Di Sebuah PondokMohamad Mohaldin Bin JirenUtusan Sarawak07.01.2009
Seorang AkuMan bin SelimanUtusan Sarawak15.10.2008
Seorang datuk dan lamunannyaAtui DtabasanHarian ekspres09.03.2008
12345678910...

Kembali ke atas