Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Memburu rusa di tepi bukit,
     Rusa diburu sepanjang hari;
Malu bukan satu penyakit,
     Ubatnya tentu payah nak cari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     sekenyang-kenyang banteng.

Bermaksud :

Tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sepanjang PerjalananSolehah HamidUtusan Malaysia16.12.1988
Sepanjang JalanEdayu BMingguan Perdana16.01.1987
Sepanjang PerjalananSolehah HamidUtusan Malaysia19.12.1988
Sepanjang Jalan KemerdekaanHaron A. HMingguan Malaysia10.09.1995
Sepanjang PerjalananSolehah HamidUtusan Malaysia23.12.1988
Sepanjang hayat di majalahJaafar RahimUtusan Malaysia22.03.1996
Sepanjang PerjalananSolehah HamidMingguan Malaysia20.11.1988
Sepanjang PerjalananSolehah HamidUtusan Malaysia16.11.1988
Sepanjang PerjalananSolehah HamidUtusan Malaysia15.11.1988
Sepanjang PerjalananSolehah HamidUtusan Malaysia01.12.1988
12345678910...

Kembali ke atas