Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rah] | سره

Definisi : (sérah) ® sirah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rah] | سره

Definisi : ; berserah 1. bergantung nasib diri kpd, memulangkan nasib kpd: sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja; 2. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa spt kpd polis (orang salah dll); menyerah 1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah: jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~ kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah, orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd kehendak Raden Menteri; menyerahi memberikan (mengamanahkan) sesuatu kpd: beliau telah diserahi tugas yg serupa; menyerahkan 1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dsb) sesuatu kpd: ayahnya telah ~ wang yg diminta itu; tempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kpd sahaya; ~ kehormatan mem-biarkan diri dinodai (dicabuli); 2. mem-percayakan (kpd), mengamanahkan sesuatu (kpd): mana pekerjaan yg diserahkannya kerjakan olehmu; 3. = ~ diri menyerah diri: ia ~ dirinya kpd aku; 4. = ~ diri meng-gantungkan (mempertaruhkan) nasib dll kpd, bertawakal kpd: hendaklah engkau sangat-sangat ~ dirinya ke hadrat Allah Taala; terserah 1. diserahkan (diberikan) kpd: dan lagi ada pula kuasa yg besar ~ ke dlm tangannya; 2. bergantung kpd, terpulang kpd (pertimbangan, pemikiran, dll): bagi men-tafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kpd aliran fikiran orang yg mentafsirkan itu; serahan apa-apa yg diserahkan: anakku, aku serahkan ke dlm tanganmu, ~ yg bulat-mulat; penyerahan perbuatan menyerahkan (mem­-percayakan, mengamanahkan, dll): ke­kalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kpd British; penyerah orang atau pihak yg menyerahkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rah] | سره

Definisi : ; terserah-serah tergopoh-gopoh, tergesa-gesa: ~ benar engkau datang sekali ini; ® sera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rah] | سره

Definisi : ; ~ beruk sj penyakit (bengkak di leher), beguk, bengkak cantik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rah] | سره

Definisi : ; berserah bergantung nasib (pd); mempercayakan diri dan nasib kpd; bertawakal: Kita tidak dpt berbuat apa-apa kecuali ~ kpd Allah. menyerah tidak membantah atau tidak me­nentang; menurut saja: Akhirnya dia ~ kpd kehendak raja itu. ~ diri merelakan diri ditangkap atau ditawan oleh pihak yg berkuasa (bkn orang salah, pihak yg kalah dlm peperangan dll). ~ kalah mengaku kalah. menyerahi memberi kpd; memberi seseorang sesuatu: Dia diserahi tugas yg berat. menyerahkan 1 mengunjukkan atau menyampaikan sesuatu; memberikan sesuatu: Saya telah ~ surat itu kpdnya. 2 mempercayakan atau mengamanahkan sesuatu: Sebelum pergi bercuti, dia te­lah ~ tugas-tugasnya kpd penolong kanan­nya. ~ diri menggantungkan atau mem­pertaruhkan nasib kpd. terserah ter­pulang kpd; tinggal bergantung pd: Perkara itu ~ kpd tuan utk me­nyelesaikannya. serahan (sesuatu) yg diserahkan. penyerahan perbuatan (hal dsb) menyerah atau menyerahkan. penyerah orang yg menyerahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.rah] | سره

Definisi : ; ~ beruk beguk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serah
Kata Terbitan : berserah, menyerah, menyerahkan, terserah, penyerahan, serah2, terserah-serah,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Serah koleksiTiadaNew Sabah Times16.01.2008
Serah bahan tinggalan Tunku kepada Arkib NegaraTiadaUtusan Malaysia21.02.1992
SerahTiadaUtusan Borneo19.10.1995
GMP serah memo bantah pelaksanaan PPSMINurkhairini JumariSinar Harian18.02.2009
Mochtar serah balik anugerah MagsaysayTiadaBerita Harian31.08.1995
DBP serah laporan selepas AidilfitriSyuhada Choo AbdullahBerita Harian15.02.1996
Tuah serah pada isteriAdam SallehMetro Ahad19.07.1998
Muzium serah 60 manuskrip Melayu lamaTiadaUtusan Malaysia15.10.1983
Seniman serah memorandumTiadaUtusan Malaysia15.06.1979
Kamarul serah memo sebelum undur diriMohd. Lazim EndutUtusan Malaysia03.02.1990
12345

Kembali ke atas