Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérang) Mn silau; keserangan kesilauan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : langgar, serbuan; menyerang 1. mendatangi utk melawan (meng-alahkan, menaklukkan, dll), me­langgar, me-nyerbu: maka Sultan Mansor Shah pun meni-tahkan Bendahara Paduka Raja ~ Pahang; 2. menimpa (penyakit dll), me­nyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dll): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri; 3. ki menentang (spt mengkritik dll), mencela, mencerca: pihak pembangkang telah ~ pihak kerajaan dgn kata-kata yg pedas; serang-menyerang saling membalas serang­an, saling menyerang antara satu dgn yg lain: kedua-dua pihak terus ~; serangan 1. perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dll): Iskandariah di-ancam oleh ~ tentera Afrika Korps yg dipimpin oleh Jenderal Rommel; 2. kecaman keras secara lisan atau bertulis: dlm buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin mereka; ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara, terutamanya ke sasaran musuh di bumi; penyerangan perihal menyerang (melanggar, menyerbu), penyerbuan: Jepun telah melaku-kan ~nya utk menakluki Malaya; penyerang 1. orang (pihak, pasukan, dll) yg menyerang: pasukan ~ yg dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat beberapa kemenangan; 2. pemain bola sepak dsb yg menyerang utk menjaringkan gol: ~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para pemain pertahanan pasukan lawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (sérang) jarang (mata keranjang, jala, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn; berserang bertambah, makin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ketua kelasi (yg mengawasi kelasi-kelasi lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyerang 1 pergi ke sesuatu tempat utk melawan (me­ngalahkan, menakluk dll); melang­gar; menyerbu: Niat Raja Siam hendak ~ Melaka itu terpaksa dibatalkan. ~ hendap menyerang dgn sembunyi-sembunyi. 2 datang menimpa orang (bkn penyakit dll); menyebabkan orang menjadi menderita: Penyakit taun yg ~ bandar itu telah merenggut sebelas nyawa. serangan serbuan atau tentangan utk menyerang: ~ komunis ke atas balai polis itu telah dpt dipatahkan. ~ jantung terjadinya masalah pd jantung dgn tiba-tiba, biasanya menyebabkan kerosakan pd sebahagian otot-otot jantung, dan kadang-kadang boleh membawa maut. ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara ke sasaran pihak musuh di bumi. penyerangan perbuatan atau hal menyerang. penyerang orang yg menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ketua kelasi di kapal yg mengawasi kelasi-kelasi lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Serang! Serang!Othman PutehUtusan Pelajar19.05.1983
Serang Habibie atau Islam?Johan JaaffarMingguan Malaysia08.02.1998
SpongeBob serang Festival Layang-layangTiadaKosmo (WS)20.02.2009
Jepun serang SingapuraZabhaUtusan Melayu11.03.1981
Jepun serang SingapuraZabhaUtusan Melayu23.06.1988
Bendahara serang istanaPutera InderapuraBerita Harian05.09.1992
Bendahara serang istanaPutera InderapuraBerita Harian11.09.1992
Islam akan serang Eropah!Hassan AhmadMingguan Malaysia28.04.2002
Puisi hantu serang studioKamaruzaman HassanWarta Perdana24.11.1996
Amir Hamzah serang Raja NukmanAripin SaidUtusan Malaysia30.12.1994
12

Kembali ke atas