Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.lah] | سرله

Definisi : ; menyerlah 1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan ber-cahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya; menyerlahkan 1. menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dsb): setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yg ~ cahaya dan kilauan dgn sepenuhnya; 2. mengemukakan (dgn nyatanya), menonjolkan: tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup utk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu; terserlah menyerlah; keterserlahan perihal (keadaan) terserlah; serlahan sesuatu yg menyerlah (terserlah); penyerlahan perihal (usaha, proses, dsb) menyerlahkan sesuatu, penonjolan: amanat yg mengarah kpd ~ permasalahan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.lah] | سرله

Definisi : ; menyerlah 1 menjadi nyata dan bercahaya (berseri dsb): Lampu yg berwarna-warni ~ menerangi bandar raya Kuala Lumpur. Kecantikannya ~ pd malam itu. 2 (sangat) cemerlang dan menonjol: Bakatnya ~ dlm pertandingan itu. menyerlahkan 1 menjadikan kelihatan nyata (cantik, berseri dll): Dgn mematuhi petua-petua kecantikan itu, anda akan ~ kecantikan semula jadi anda. 2 menjadikan cemerlang: Cara Latihan itu akan ~ bakat yg ada. terserlah 1 kelihatan berseri (bkn kecantikan dll); kelihatan nyata bercahaya (bkn bulan dll): Kecantikannya ~ selepas disolek oleh mak andam. 2 kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn bakat dll): Kebolehannya ~ dlm persembahan yg menarik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serlah
Kata Terbitan : menyerlah, terserlah, menyerlahkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Wawasan serlah Amin jadi profesorTiadaBerita Harian26.04.1997
Embun serlah bakat RohimanHamisah SelamatBerita Harian (Persada Seni)14.05.2001
Puisi serlah fakta sejarahAkhbar:  Berita Harian08.07.2004
Forum serlah kepetahan pelajar berbahasa MelayuNik Safiah KarimBerita Harian05.08.2002
Baca Puisi serlah bakat mindaAbdul Jalil IshakBerita Harian18.02.2000
Mercu tanda serlah keindahanAkhbar:  Berita Harian07.02.2001
Sewang Rimba serlah bakat kanak-kanakSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)16.04.2002
Angin Belantara serlah kekuatan kreativiti ZaenAliya EzzatiBerita Harian13.01.1996
Penulis muda serlah bianglala indah dunia cerekaMohd. Nori OthmanWatan Minggu26.10.1997
Meniti Sinar serlah karya orang mudaGhazali Ngah AziaHarian Metro (Metrodua)05.05.1998
123

Kembali ke atas