Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tara (kata nama)
Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;,
Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara,

Puisi
 

Nak mandi di pangkalan mana,
     Ingat sedikit disambar buaya;
Adik nak cari setara mana,
     Carilah yang serupa saya.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Luas tanah setara ganti rizab MelayuTiadaHarian Metro01.11.2007
The Missing Piece setara karya asingNasir HassanBerita Harian08.06.2006

Kembali ke atas