Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.wa] | سيوا

Definisi : (séwa) 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai­menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh diguna­kan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk meng­gunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; menyewa menggunakan (meminjam) dgn membayar sewa: sekarang mereka ~ sebuah bilik kecil; menyewakan = mempersewakan mem­beri orang lain menggunakan sesuatu dgn mengutip sewa: tuan rumah itu juga turut tertangkap kerana ~ rumahnya utk tempat berjudi; rumah-rumah petak itu didirikannya utk dipersewakan; tersewa berupaya (mampu) membayar sewa­nya: saya berpindah dr sebuah kedai ke rumah petak kecil, disewa berkongsi-kongsi, sebab tidak ~ sendiri; sewaan sesuatu yg disewa (disewakan): selepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India; penyewaan perbuatan menyewa(kan); penyewa 1. orang yg menyewa: di serambi rumah itu memang banyak disediakan kerusi utk ~ duduk-duduk mengambil angin waktu petang; 2. wang dll utk membayar sewa: wang ~ rumah; ~ kecil orang lain yg menyewa tanah, rumah dsb drpd penyewa utamanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.wa] | سيوا

Definisi : /séwa/ 1 wang yg dibayarkan kerana memakai atau kerana meng­gunakan sesuatu: Rumah ini berapa ~nya? 2 boleh digunakan dgn mem­bayarkan wang: kereta ~; rumah ~. menyewa menggunakan sesuatu dgn membayar sewa: Ketika mula-mula sampai di Kuala Lumpur dahulu, saya ~ sebuah bilik di Kampung Pandan. menyewakan membenarkan orang lain menggunakan sesuatu dgn mengambil sewa: Di sini ada orang ~ pakaian pengantin. sewaan sesuatu yg disewa: askar ~ askar (biasanya orang asing) yg diupah utk berperang. penyewaan perbuatan, hal dsb menyewa atau menyewakan. penyewa 1 orang yg menyewa. 2 wang dll utk membayar sewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sewa


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
SewaMustaffa AhmadMingguan Malaysia27.02.1983
Sewa pementasan bebankan penggiat teater?Akhbar:  Utusan Malaysia17.03.2005
Bayar sewa dermaga amat mahalTiadaMingguan Malaysia06.04.1997
Perjanjian sewa beli hendaklah dalam bahasa Melayu - MBTiadaUtusan Malaysia14.02.1993
Rumah SewaJuilis MokujalHarian Ekspres05.10.1989
Rumah Sewa Di Pinggir KotaMasraden MohamadMingguan Wanita31.07.1992
Rumah Sewa Di Pinggir KotaMasraden MohamadMingguan Wanita31.07.1992
Rumah Sewa Di Pinggir KotaMasraden MohamadMingguan Wanita01.07.1992
Rumah Sewa Di Pinggir KotaMasraden MohammadMingguan Wanita01.07.1992
Naik SewaZulkifli PutehBerita Minggu01.04.1975
12

Kembali ke atas