Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.wa.jar.nya] | سواجرڽ

Definisi : 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.wa.jar.nya] | سواجرڽ

Definisi : 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,

Peribahasa

Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi.

Bermaksud :

Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Penyair sewajarnya dihargaiAripin SaidUtusan Malaysia05.01.1995
Penulis sewajarnya hargai media massaAkhbar:  Utusan Melayu29.01.2006
Latiff Mohidin: sewajarnya dialah semua ituA. F. YassinUtusan Zaman21.06.1998
Ingatan, Siapakah SewajarnyaBadaruddin M. ZMingguan Malaysia29.08.1982
'Sakit hati sewajarnya tidak ada dalam puisi' [diwawancara oleh Salbiah Ani]Siti Zainon IsmailBerita Harian12.04.2003
Kami tidak diiktiraf sewajarnyaLucia JohnUtusan Borneo01.08.2008
Sasterawan patut dilayan sewajarnyaIja NamiriBerita Harian04.01.1996
Ingatan, Kaulah Yang Sewajarnya! (ii)Badaruddin M.ZMingguan Malaysia20.11.1983
Seni kraftangan kita perlu diberi perhatian sewajarnyaSri Hidayah AbdullahUtusan Melayu09.01.1989
Kanang Langkau masih belum dapat penghargaan yang sewajarnyaTiadaUtusan Borneo28.08.2008

Kembali ke atas