Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.bu/] | سيبوق

Definisi : 1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda­-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menye­babkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau di­bebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pula­lah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.bu/] | سيبوق

Definisi : Mn; menyibuk mengintai, mengintip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.bu/] | سيبوق

Definisi : banyak yg dikerjakan; asyik me­ngerjakan sesuatu; sentiasa membuat kerja (sehingga tidak ada waktu terluang): Sehari sebelum raya, kaum ibu ~ memasak. bersibuk sedang sibuk melakukan sesuatu: Pagi-pagi lagi mereka ~ membuka kedai. menyibukkan 1 menjadikan atau menyebabkan sibuk: Urusan harian ~nya sepanjang hari. 2 sibuk ttg sesuatu: Dia ditegur kerana selalu ~ hal orang lain. kesibukan keadaan sibuk; keributan: Aku naik pening melihat ~ kenderaan di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sibuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan banyak kerja: giat, aktif, rajin, kocah-kacih, lagut, kalut, gelut, gelabut, legak, hibuk, repot, ripuh,

2. Bersinonim dengan ramai: riuh, abuh, pergi balik, keluar masuk, lalu-lalang,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : bersibuk, menyibukkan, kesibukan,

Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sibuk berlatih untuk pementasanAzwani Abdul GhaniHarian Metro30.11.1994
SibukArwai A. RMingguan Famili19.02.1988
Arshad sibuk dengan novel 'Geliga puteh'nyaTiadaSabah Times27.07.1987
Eja sibuk dengan ratu, aktiviti?AkiWatan26.07.1983
Zurinah sibuk dengan antologi cerpenAni AwangMingguan Malaysia08.03.1998
Aksi sibuk atur acara RayaJasuin MuhammadSabah Times22.07.1982
ISUM sibuk dengan kegiatan sepanjang bulan laluTiadaBerita Minggu04.11.1979
DPMP sibuk cari bakat penulisTiadaBerita Harian25.09.1975
Musim sibuk persatuan-persatuan budaya di SabahTiadaSabah Times05.05.1982
Dalam sibuk terus berkaryaMd. Shaini KasanMingguan Tanahair12.03.1987
123

Kembali ke atas