Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.kap] | سيکڤ

Definisi : 1. = ~ tubuh bentuk tubuh, potongan badan, tokoh: dgn takjubnya ia melihat rupa orang muda itu, terlalu amat baik parasnya dan ~nya; 2. gaya berdiri (bergerak, berpakai, dll): hebat ~ lakunya; 3. perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dll): dlm hatinya, dia mengutuk ~nya yg kurang adil itu; ~ wanita Pakistan ter­hadap perancangan keluarga telah berubah; bersikap 1. berdiri tegak; 2. berpegang pd pendapat (pendirian dll), berkelakuan, ber­lagak: dia tidak sanggup melihat suaminya ~ begitu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : ®sigap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : ; ~ malam = burung (lang) ~ sj burung helang, Acupititer virgatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : 1 = ~ tubuh bentuk atau tokoh tubuh: ~nya tegap. 2 cara atau gaya se­seorang bergerak dll: Dia tersenyum melihat ~ anaknya menangkis pukulan itu. 3 perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakin­an dll): Bagaimana ~ mereka terhadap Ketua Pengarah ini? bersikap mempunyai sikap; berpegang pd sesuatu pendapat atau pandangan: Dia ~ acuh tak acuh apabila ditegur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sikap (kata nama)
1. Bersinonim dengan pandangan: pendapat, sifat, resmi, resam,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, gerak-geri, rupa, tingkah laku, perangai, takah, aksi,

Kata Terbitan : bersikap,

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai kilat senja,
     bagai petir tunggal.

Bermaksud :

Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sikap sasterawan mengubah sikap masyarakatNurhalim IsmailMingguan Malaysia17.07.1983
Sikap Melayu dan citra Islam: kerajaan mahukan suatu reformasi...A. Aziz DeramanSinar Harian17.06.2009
Sikap Mohamad Sabu, Shahnon Ahmad memalukanAkhbar:  Utusan Malaysia05.07.2002
Sikap abaikan bahasa punca gagalAhmad Abdul HamidBerita Minggu15.06.1980
Sikap pensyarah UKM terhadap Kassim jadi tanda tanyaTiadaUtusan Malaysia03.04.1986
Sikap orang2 besar dengan upacara adat istiadatAzizi Haji AbdullahBintang Timur04.11.1978
Sikap dan teknik baru pengarangA. M. ThaniMingguan Malaysia12.03.1972
Sikap masyarakat melihat bahasa sebagai alat semata-mataPak MatlobUtusan Melayu25.05.1989
Sikap mengejek yang terlalu ditonjol-tonjolkanAbu Zaki FadzilBerita Minggu14.04.1974
Sikap enggan edar buku dalam Bahasa Malaysia ditegurBernamaSabah Times14.03.1988
12345678910...

Kembali ke atas