Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di suatu tempat (dlm perjalanan), mampir: barang di mana pasir yg baik, di sana ia ~ bermain sambil menjala dan memukat; singgah-menyinggah kerap benar singgah (dlm perjalanan): lekas-lekas kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di mana­-mana; menyinggahi 1. berhenti atau singgah di (dlm perjalanan): negara-negara Arab yg disinggahi oleh Tun itu adalah negara­negara yg penting dlm pergolakan politik di Timur Tengah; tiga buah pelabuhan telah disinggahinya; 2. (berhenti di suatu tempat utk) mengambil atau menjemput sesuatu: maka mudiklah ia lalu disinggahinya sam­pan Gusti itu; 3. mengambil semula sesuatu yg telah diamanahkan (disuruh baiki dll); menyinggahkan 1. menghentikan perjalan­an di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang); 2. menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dlm perjalanan); 3. menyilakan singgah (naik ke rumah dll); mempersinggah Mn mempersilakan singgah (mampir); persinggahan tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat): Colombo telah menjadi tempat ~ yg penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di sesuatu tempat ketika dlm perjalanan: Saya ~ di pejabat pos kerana hendak membeli setem. menyinggahi berhenti atau singgah di (ketika dlm perjalanan): Setahun lamanya kapal itu belayar, me­ngelilingi dunia dan ~ pelabuhan besar dan kecil. menyinggahkan me­nghentikan (kapal) di: ~ kapal di pelabuhan. persinggahan tempat singgah; tempat berlabuh atau tempat mendarat: Bangkok merupakan ~ penting bagi kapal terbang yg hendak ke Timur atau ke Barat. penyinggahan perbuatan, hal dll singgah, menyinggahi atau me­nyinggahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgah (kata kerja)
Bersinonim dengan berhenti sebentar, berlabuh, hinggap, mampir;,
Kata Terbitan : menyinggahkan, persinggahan,

Puisi
 

Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
     Nakhodanya pakai si baju merah;
Berasa berkenan di dalam hati,
     Abang nak tegur takut dimarah.


Lihat selanjutnya...(108)
Peribahasa

Bala lalu dibawa singgah.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Singgah Sebentar di Kuala LumpurChai Loon GuanBacaria21.09.1994
Singgah Sejenak Di Kota IniLee Gwo YinnMingguan Malaysia29.01.1995
Anna singgah di IBTengku Suzana Raja HamatKosmo18.07.2007
Ku Singgah Di SiniAminah Abdul MalikUtusan Melayu16.06.1995
Tika Singgah Pada BumimuHamzah SahanipBorneo Mail10.07.1997
Dalam SinggahJamaludin DBerita Minggu19.11.1995
Setelah Kau Singgah SebentarNandrayanatirowUtusan Borneo28.04.2008
Dia Sekadar SinggahJ. M. KelatuanBorneo Mail14.09.1997
Ramadan Yang SinggahNazeri HusseinMingguan Malaysia (Seni dan Sastera)01.12.2002
Rama-rama yang singgah (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia05.03.2007
12

Kembali ke atas