[skuad] | سکواد
Definisi : 1. suatu kumpulan orang yg bekerja (melakukan sesuatu) sbg suatu pasukan: ~ bola sepak Malaysia; 2. suatu pasukan kecil polis (tentera) yg bertanggungjawab menjalankan tugas khas: S~ Polis Khas; ~ penembak sekumpulan askar yg ditugaskan utk menembak seseorang yg dijatuhi hukuman mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[skuad] | سکواد
Definisi : 1 kumpulan tentera (biasanya terdiri drpd 12 orang) yg mempunyai tugas-tugas khas. 2 kumpulan orang yg bergerak sbg satu pasukan: ~ bola sepak Malaysia. ~ penembak sekumpulan askar yg diberi tugas utk menembak seseorang yg dijatuhi hukuman mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)