Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suam] | سوام

Definisi : tidak terlalu panas, hangat: tuang sedikit air ~ supaya semua garam itu larut; ~-~ kuku tidak berapa panas (air); badannya ~-~ badannya agak panas (kerana demam), dedar; kesuaman rasa hangat: kasih sayang, dakapan mesra sambil merasai ~ tubuh ibu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[suam] | سوام

Definisi : agak tinggi suhunya; agak panas: ~-~ kuku tidak berapa hangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suam
Rujuk :panas


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tidak mahu jadi anugerah suam-suam kukuZul Husni Abdul HamidBerita Harian31.03.2009
Suam CintakuMarcus BAHarian Express16.11.1990

Kembali ke atas