Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sudah melihat yang benarnyaSuili Bakar ANSNew Sabah Times23.12.2008
Sudah habis jalanSuili Bakar ANSNew Sabah Times25.11.2008
Sudah Sekian BulanMohd Adid Ab RahmanBerita Minggu08.04.2007
Sudah bersedekah engkau?Mohd. Aidi Abdul RahmanUtusan Melayu18.09.2006
Sudah bersedia (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia02.01.2007
Sudah Ditakdirkan (Buat Allahyarham Usman Awang)S. M. SalimMingguan Malaysia09.12.2001
Sudah Kupadamkan Api PerangAminah MokhtarMingguan Malaysia (Seni dan Sastera)05.05.2002
Sudah LamaAnwar RidhwanMingguan Malaysia14.04.1974
Sudah sampai masanya Anuar bertandingAzizi Haji AbdullahMingguan Timur28.07.1982
Sudah berpuluh tapi masih tidak mencukupi..Mansor PutehBacaria26.04.1984
12345678910...

Kembali ke atas