Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj beduk atau tabuh yg dipalu ketika raja dinobatkan, nobat; 2. majlis merasmikan (merayakan) penobatan atau kemahkotaan raja: setelah sudah ~ maka menteri hulu­balang sekaliannya menjunjung duli; bertabal = naik ~ naik takhta kerajaan: orang besar-besar menjunjung duli pd hari ~; menabalkan 1. merasmikan (mengumum­kan) menjadi raja, menobatkan: baginda hendak ~ putera baginda sbg ganti; 2. sl mengarak (surat dll) dgn upacara, membawa dgn arak-arakan: maka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu; pertabalan perihal bertabal; penabalan perihal menabalkan, penobatan: diperintahkanlah sekalian menteri dan rak­yat menyediakan pancapersada dan ber­bagai-bagai lagi persiapan utk istiadat ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beduk atau tabuh yg dipalu ketika merasmikan penobatan raja; nobat: memalu ~. bertabal, = naik ~ menaiki takhta kerajaan. menabalkan merasmikan menjadi raja; menobatkan: Dlm tahun 1865, Raja Ali telah ditabalkan menjadi Sultan Perak. pertabalan perbuatan atau hal bertabal. penabalan perbuatan menabalkan; penobatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabal (kata nama)
Bersinonim dengan nobat, tabuh, beduk;,
Kata Terbitan : menabalkan, penabalan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tuan Tabal pencorak falsafah mistikAkhbar:  Bacaria23.11.2005
Tuan Tabal: pentebar Thariqat Ahmadiyah pertama di Nusantara (Ulama Nusantara)Wan Mohd. Shaghir AbdullahUtusan Malaysia04.10.2004
Wan Abdullah Tuan Tabal khatib KelantanWan Mohd. Shaghir AbdullahUtusan Malaysia30.10.2006
Haji Wan Musa Tuan Tabal pernah mengundang perdebatan hebatWan Mohd. Shaghir AbdullahUtusan Malaysia06.11.2006
Balairung hening di istiadat tabal pusaka-Berita Harian13.12.1985

Kembali ke atas