Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bur] | تابور

Definisi : padi ~ Br padi yg ditanam tidak dgn teratur (dicampakkan atau diselerakkan sahaja benihnya); bertabur bertabur 1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi (dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3. memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tem­pat): di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5. rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar = bertaburan; bertaburan, bertabur-tabur 1. berselerak (di sana sini), berhamburan dan tidak bersusun, berserak-serak: di hadapannya ~ beberapa keping kad selamat hari raya; 2. terdapat (kelihatan) dgn banyaknya: mereka singgah di pulau-pulau yg ~ di pantai timur Seme­nanjung Tanah Melayu;menabur 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~;~ budi berbuat baik (sering kali atau kpd banyak orang dsb), berbudi; ~ fitnah membuat fitnah merata-rata; ~ wang membuang-buang wang; menaburi 1. menabur atau menyebar (bunga dll) kpd: sampai di rumah, Wan Derus dita­buri beras kunyit; 2. bertabur di: ejen-ejen Rusia ini ~ kawasan gerakan tentera di Czechoslavakia; menaburkan 1. menjadikan bertabur (ber-selerak), menghamburkan merata-rata, me-nyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditabur-kan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk me-mecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; tertabur telah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata); taburan 1. yg ditabur (tertabur); 2. sebaran, serakan; pertaburan kekerapan terdapatnya sesuatu (penduduk dll) di sesuatu kawasan atau dlm tempoh masa tertentu: keadaan tidak se-imbang dlm ~ kuasa; penaburan perbuatan menabur (baja, benih, dll);penabur 1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang; habis ~ Palembang tak alah prb sesuatu usaha yg tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bur] | تابور

Definisi : ~ dol bahagian puncak tiang layar; ~ peruan kayu palang tempat menggantungkan layar tabur; layar ~ layar yg dipasang pd puncak tiang layar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bur] | تابور

Definisi : ; bertabur 1 = ~ (dgn) dihamburi dgn: Bilik tidurnya ~ dgn bunga rampai. 2 banyak terdapat atau banyak kelihatan: Langit ~ bintang. bertaburan, ber­tabur-tabur bersepah merata-rata; berhamburan ke sana sini; berserak-serak; berselerak: Buku dan kad selamat hari raya ~ di dlm biliknya. menabur 1 membuat jadi bertabur; membuang ke serata tempat supaya bertabur: ~ benih padi di semaian; ~ bunga di perkuburan. 2 ki menyiarkan pendapat dll; menyebarkan cerita dll: Janganlah kamu ~ cerita yg belum tentu benarnya itu. menaburi menghamburkan se­suatu pd; menabur pd: Mereka telah ~ peti jenazah itu bunga mawar dan bunga melati. menaburkan menabur sesuatu utk. taburan 1 sesuatu yg bertabur atau yg ditabur. 2 serakan; sebaran. penaburan perbuatan (hal, cara dll) menabur atau menaburi. penabur 1 orang yg menabur. 2 alat yg digunakan utk menabur (benih dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabur
Kata Terbitan : bertabur, bertaburan, menabur, menaburkan, tertabur, taburan, penabur,

Puisi
 

Bentang tikar tengah rumah,
     Hendak tabur biji lada;
Tabik encik orang di rumah,
     Saya main kurang bahasa.


Lihat selanjutnya...(6)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Samad tabur teknik dalam 'Cinta Fansuri'Faisal TehraniBerita Harian25.01.1995
Pak Hamid tabur bakti untuk majukan teaterMohd Nor IsmailUtusan Malaysia01.11.1991
Syed Mahadzir tabur baktiIhsan NoorzaliMetro Ahad18.10.1998
Zaleha tidak jemu tabur bakti-Utusan Malaysia03.08.2007
Uda dan Dara tabur cintanya di Dewan BanquetTiadaMingguan Malaysia29.06.1980
Kassim seru Pas hentikan tabur fitnahTiadaUtusan Melayu15.09.1984
Sertai program Pewaris Muda Negara: siswa UUm tabur bakti di kampung Bugis.Muhammad ZikriUtusan Malaysia (WS)22.05.2009

Kembali ke atas