Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taf.sir] | تفسير

Definisi : 1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ meng­anggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenya­taan tersebut; juru~ orang yg memberi pen­jelasan (ulasan dll); mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi pen­jelasan (keterangan), mengulas, mengerti­kan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsir­kan (sesuatu); pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taf.sir] | تفسير

Definisi : 1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; me­nghuraikan; menjelaskan. pen­tafsiran perihal (perbuatan dll) men­tafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tafsir
Kata Terbitan : tafsiran, mentafsirkan, pentafsir,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
TafsirMazemie MazBerita Minggu18.03.2007
TafsirTiadaWarta Perdana28.07.1996
Tafsir: Iqbal percaya kepada konsep ijtihadTiadaUtusan Malaysia05.06.1997
Tafsir Al-Rahman dalam bentuk baruTiadaUtusan Malaysia18.08.1998
salah tafsir keris merugikan MelayuNazmi YaakubBerita Harian15.05.2008
Salah tafsir mengenai karya Albert CamusTalib YkBerita Harian28.06.1986
Buku tafsir untuk yang tidak mengikut ejaan sekolahTiadaUtusan Melayu24.01.1991
Titian tafsir alam ghaibTiadaBerita Minggu21.05.1995
Pengukir TafsirAhmad RazaliWatan10.01.1989
Menyalah tafsir Perdana MenteriRustam A. SaniUtusan Malaysia12.12.1994
1234

Kembali ke atas