Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Tahan bubu di Sungai Dungun,
     Seekor ikan haram tak kena;
Mengapa adik duduk termenung,
     Di manakah tempat abang tak kena.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur,
     makin dalam ia terbenam.

Bermaksud :

Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)

388

Mind your own business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Jangan buat kerbau tanduk panjang

'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

''Jangan buat kerbau tanduk panjang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Serba tak kenaAthirah NatashaBacaria05.04.2006
Serba Tak KenaMuhd. Mansor AbdullahHarian Nasional07.05.1984
Saya tak kena-mengena langsung dengan ASAS 50'KemalaBerita Minggu11.07.1976
Perangkapnya Tak KenaZawiyah Mohd. NohMingguan Malaysia01.04.1974
Ada tak kena akhbar MelayuJohan JaafarUtusan Melayu15.01.2006
"Ada yang tak kena" - Abdul Halim YazidTiadaBacaria26.03.1988
Yang diteka2 tak kenaPak Pandir ModenUtusan Malaysia25.04.1985
Susunan ayat tak kenaAwang SariyanBerita Harian24.11.1983
Ada yang tak kena dengan anugerah penulis PerakAzrai ArifMingguan Malaysia20.12.1987
Dikir barat: apa yang tak kena sekarang?Ladin NuawiBerita Minggu03.08.1989

Kembali ke atas