[ta.ku/] | تاکوق
Definisi : 1. takik yg agak dalam (pd pokok kelapa dll tempat berpijak ketika memanjat), tokek; 2. bahagian kemaluan laki-laki yg berlurah, leher kemaluan laki-laki; 3. ki had, takat, peringkat: petani-petani masih di ~ lama dan mungkin lebih buruk lagi nasib mereka; ~-takak berbagai-bagai takik dan takuk, tidak rata; bertakuk ada takuknya, sudah ditakik (ditoreh); ~ yg ditebang, yg bergaris yg dipahat prb, Mn mengikut peraturan (adat, resam) yg lazim; menakuk 1. memarang utk membuat takuk, menakik; 2. Mn menentukan (perjanjian dll); ~ janji menentukan janji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.ku/] | تاکوق
Definisi : takik yg agak dalam pd batang pokok dan digunakan sbg tempat berpijak ketika memanjat. bertakuk mempunyai takuk; ada takuknya. menakuk memarang batang pokok utk membuat takuk; menakik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)