[tal.qin] | تلقين
Definisi : talkin Ar 1. petunjuk atau peringatan tentang soal jawab dlm kubur yg dibacakan kpd jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan; 2. bimbingan mengucapkan kalimah syahadah yg dibisikkan pd telinga seseorang mukmin yg sedang menghadapi saat kematian atau dlm keadaan sakaratul maut; air ~ air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; bertalkin membaca talkin: biar dia sendiri mendengar orang ~ hingga tamat; mentalkinkan membaca talkin kpd jenazah yg baru sahaja dikebumikan, atau kpd seseorang yg sedang menghadapi saat kematian atau dlm keadaan sakaratul maut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tal.qin] | تلقين
Definisi : doa yg dibaca di kubur utk orang yg telah meninggal dunia setelah kuburnya ditimbus. bertalkin membaca talkin. mentalkinkan membaca talkin utk orang yg telah meninggal dan baru dikebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)