Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mat] | تمت

Definisi : 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mat] | تمت

Definisi : 1 sudah dibaca, diceritakan dll hingga ke akhir: Buku itu sudah ~ dibacanya. 2 berakhir; selesai; habis: Lebih kurang pukul enam petang, barulah temasya sukan itu ~. ~ belajar (persekolahan) sudah menempuh semua tingkatan dlm sekolah; sudah selesai pelajarannya. ~ riwayat sudah mati. menamatkan 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. tamatan yg sudah tamat belajar di (sekolah, maktab dsb); lulusan: ~ maktab perguruan. pe­namatan perbuatan atau hal me­namatkan: ~ perkhidmatannya adalah atas sebab kesihatan. penamat yg ter­akhir; yg penghabisan; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,

Puisi
 

Tuan menjaja Qurªan Istanbul,
     Lambat tamat dipelajari;
Kalau tuan berjanji betul,
     Dilucut akan cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tamat pengajian di Universiti MalayaAwang had SallehUtusan Malaysia10.07.1991
Tamat majlis ceramah, selesailah kegiatan PPM?Ismail AhmadBerita Minggu27.11.1983
BBC tamat khidmat siaran 2 bahasaTiadaUtusan Malaysia01.04.1991
Benawi Tamat Bertapa Dan Pulang Ke Kampung Sebagai Putera GagahGhazali Ngah AziaUtusan Zaman09.08.1984
BBC tamat siaran dua bahasaTiadaBerita Harian01.04.1991
Permintaan Belum TamatAmi MasraMingguan Malaysia20.12.1981
'Kaseh Sayang' tamatTiadaBerita Harian24.04.1971
Syukur, Samad tamat mogokMalungunWatan04.08.1990
60 guru tamat kursus intensif bahasa ArabTiadaBerita Harian25.06.1986
Hari puisi tamat dengan majlis dailog sasterawanHadzrami A. RBerita Harian19.07.1971
1234

Kembali ke atas