Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama (ringkasan nama) yg di­tulis oleh orang itu sendiri: pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daf­tar Perkahwinan; ~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~ ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan; menandatangani menurunkan (mem­bubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian, dsb): ~ perjanjian per­sahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur; penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. bertandatangan sudah diberi tan­­­da­tangan; ada tandatangannya. me­nan­datangani menurunkan atau mem­bubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. pe­nandatanganan perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. penandatangan orang yg menandatangani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandatangan (kata nama)
Bersinonim dengan sain, teken, parap, tekan, ringkasan nama, coretan nama, autograf;,
Kata Terbitan : bertandatangan, menandatangani, penandatanganan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
DBP tandatangan MoU dengan British LibraryTiadaUtusan Malaysia04.10.1995
Tolong tandatangan buku ini pak..TiadaWatan19.03.1997
DBP tandatangan MoU dengan PN RussiaTiadaUtusan Malaysia03.05.1995
Peraduan tandatangan tulisan jawiPak MatlobBerita Minggu20.03.2005
Peminat minta tandatangan A.Samad SaidTiadaBerita Harian15.10.1986
Karyawan yakin capai 100,000 tandatangan sokong kempenAkhbar:  Utusan Malaysia06.02.2003

Kembali ke atas