Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ka.te.ki] | تکا - تکي

Definisi : 1. soalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yg jawabannya harus diduga, soalan utk menduga akal: kanak-kanak biasanya sangat suka akan ~; 2. sesuatu per­kara yg susah atau sulit diselesaikan: manusia itu selalu merupakan ~ yg setiap waktu boleh memberikan macam-macam keganjilan yg tidak terduga-duga; ~ silang (kata) teka-teki dgn mengisi huruf dll dlm petak-petak; ~ terbang teka-teki dgn menyebutkan huruf-huruf Jawi yg harus dijawab dgn kata yg dieja dgn huruf-huruf itu; berteka-teki mengucapkan teka-teki, bertanya jawab dgn teka-teki: biasanya percakapannya itu dijalankan dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ka.te.ki] | تکا - تکي

Definisi : 1 soalan yg berupa pantun, cerita dsb utk permainan atau utk menduga akal. 2 sesuatu hal yg sulit (kurang terang, rahsia dsb). berteka-teki bersoal jawab dgn teka-teki; meng­ucapkan teka-teki supaya dijawab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teka-teki


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Teka-teki HatiRamlee Awang MurshidBacaria09.08.2000
Teka TekiIme. NBacaria04.03.1992
Teka-teki arah kesenian nasionalBaha ZainBerita Harian17.09.1997
Teka Teki Yang Bermain Di Hati..Linda Mohd. NorMingguan Wanita16.10.1998
Teka-teki selepas Perang Teluk selesaiAbdul Samad IsmailBerita Harian02.03.1991
Teka-teki untuk orang-orang dewasaHantu RayaUtusan Melayu02.06.1975
Teka teki pilihanrayaHantu RayaUtusan Melayu05.04.1982
Teka teki bulan Januari, 1984Hantu RayaUtusan Melayu30.01.1984
Teka teki politik di sana siniPak SakoUtusan Zaman16.11.1980
Teka - TekiRubiah DullahBacaria16.06.1990
123

Kembali ke atas