[ték.si] | تيکسي
Definisi : (téksi) 1. kereta yg membawa penumpang dgn mengambil sewa, kereta sewa; ~ bandar teksi yg khusus beroperasi dlm kawasan bandar; ~ sapu teksi tidak berlesen; 2. bp beca roda tiga, biasanya di Kelantan;berteksi menaiki teksi: walaupun jaraknya sangat dekat, kami terpaksa ~ pd pagi itu kerana hujan sangat lebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ték.si] | تيکسي
Definisi : /téksi/ kereta sewa utk membawa para penumpang ke sesuatu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)