[te.la.gah] | تلاݢه
Definisi : bertelagah 1. berlainan pendapat, berselisih faham, bertelingkah: dia memberi amaran kpd kedua-dua belah pihak yg ~ itu supaya jangan memainkan api fitnah; 2. bertengkar mulut, berbantah: suami isteri itu mulai ~; pertelagahan perihal bertelagah, perbantahan, perselisihan, pertelingkahan, pertikaian: ~ sengit telah berlaku antara guru-guru Melayu dgn Kementerian Pendidikan mengenai pelajaran menengah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.la.gah] | تلاݢه
Definisi : ; bertelagah 1 berlainan pendapat; berselisih faham: Kedua-dua pihak yg ~ itu dinasihati supaya berbaik-baik semula. 2 saling menuturkan sesuatu utk menegakkan kebenaran masing-masing; bertengkar; berbalah. pertelagahan perbuatan atau perihal bertelagah; pertengkaran; perbalahan: Ayah mencuba menyelesaikan ~ antara mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)