[te.lan.jang] | تلنجڠ
Definisi : = bertelanjang 1. tidak bertutup tubuhnya (dgn pakaian), berbogel: dia membuka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi; apabila ia menoleh kpd tubuhnya barulah diketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat; 2. tidak bersarung (keris, pedang, dll), tercabut, terhunus: rakyat Feringgi tujuh puluh ribu berdiri serta memegang pedang bertelanjang; 3. tidak mempunyai pakaian (perhiasan dll), tidak ada yg tinggal (harta benda); 4. tidak bertutup, terbuka, terdedah: ketika kami asyik bermain-main, datang sepuluh orang tentera dgn dada ~; ~ bulat (bogel, buta, loncos) telanjang sama sekali; telah bertelanjang prb habis kain baju tergadai kerana kalah berjudi; menelanjangi 1. menanggalkan (segala pakaian dll) yg dipakai: ditelanjanginya anaknya itu; 2. merampas segala pakaian (perhiasan dll) yg dipakai: ~ penumpang-penumpang dr barang-barang mereka; 3. ki membukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedahkan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung Kambing (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.lan.jang] | تلنجڠ
Definisi : 1 tidak bertutup dgn pakaian (bkn tubuh); bogel: Saya tidak suka mandi ~. ~ bulat (bogel) tidak mempunyai suatu apa pun (pakaian) di badan. 2 tidak bersarung (ttg keris, pedang dsb). bertelanjang berada dlm keadaan telanjang; berbogel: Orang yg tidak siuman itu suka ~ drpd berpakaian. menelanjangi 1 menanggalkan atau melucutkan segala pakaian yg dipakai; menjadikan (seseorang) telanjang: ~ bayi utk dimandikan. 2 merampas segala pakaian atau barang hingga habis semuanya. menelanjangkan menjadikan diketahui perkara atau apa-apa yg dirahsiakan: ~ keadaan masyarakat di kawasan itu. ketelanjangan keadaan atau perihal telanjang; keadaan diketahui dan bukan rahsia lagi: ~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. penelanjangan perbuatan, perihal dsb menelanjangi atau menelanjangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)