Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat, serokan; ~ belanga sj baju Melayu yg tidak berleher; ~ rantau a) teluk dan rantau, ceruk rantau; b) daerah sekeliling, jajahan; adat ~ timbunan kapar prb biasanya orang berpangkat (ber-kuasa dll) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : berteluk ark berlutut, bertelut; ® telut I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat: ~ Parsi. (leher) ~ belanga potongan atau jenis leher baju yg bundar dan berbelah sedikit di bahagian depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teluk (kata nama)
Bersinonim dengan serokan, caruk, pesolot.,

Puisi
 

Teluk kecapi kecapang condong,
     Hanyut tempurung di kalut paku;
Sudah terlihat matahari condong,
     Ibarat burung terbanglah aku.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Teluk Datuk Yang MemanggilMarzuki AliBerita Minggu24.06.2007
Teluk GadongZaman Azad KhanMingguan Malaysia07.01.2007
Teluk DeritaMohd. Kasim MahmudMingguan Malaysia27.03.1994
Teluk dan UntaMohd. Taufek Mohd. SaedWatan07.08.1991
Teluk MaruduFowzi BomanBorneo Mail10.12.1995
Teluk KetapangMohd. Razali Md. DinMingguan Malaysia17.11.1996
Teluk Rhu Di Sini Kutemui DiriRuzaini YahyaBerita Minggu04.01.1998
Teluk Belanga pusat kegiatan politik MelayuN. A. HalimUtusan Malaysia04.02.1998
Teluk BayurIsmalaBerita Minggu17.10.1993
Teluk Pucung KemamanJ. M. AzizUtusan Zaman30.05.1982
12345678910...

Kembali ke atas