Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nun] | تنون

Definisi : barang ~ barang-barang yg dibuat drpd benang dll (kain, kapas, sutera, dll); abah-abah (alat, perkakas) ~ alat perkakas utk membuat kain (cita dll); industri (perusa­haan) ~ perusahaan membuat barang tenun; kain ~ kain yg dibuat drpd benang; pabrik ~ Id kilang barang tenun; tukang ~ orang yg membuat kain (dgn menggunakan alat tenun);bertenun membuat barang tenun (kain dll): ada juga sedikit-sedikit orang ~ kain sutera; ~ sampai ke bunjainya prb mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna; menenun membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di kawasan ini ada pel­bagai perusahaan spt ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri; menenuni menggubah: aku dan kau ~ puisi demi puisi mencari intisari suatu nilai suatu erti;tenunan 1. cara menenun: kain ini ~nya halus; 2. hasil drpd menenun, barang-barang yg ditenun: kain ~ Jawa; penenunan 1. perihal (perbuatan, kerja, dsb) menenun: ~ linen dan penjahitan baju; 2. = pertenunan tempat (kilang dll) menenun; penenun orang yg menenun: kapas juga ada ditanam utk kegunaan ~ kain di negeri itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nun] | تنون

Definisi : ; bertenun bekerja membuat kain drpd benang, kapas, sutera dll: Ada juga sedikit-sedikit orang yg ~ kain sutera. menenun membuat kain drpd benang, kapas, sutera dll: ~ kain. tenunan 1 kain dsb yg ditenun: kain ~ Jawa. 2 hasil menenun; cara menenun: kain yg halus ~nya. penenunan per­buatan atau hal menenun. penenun orang yg kerjanya menenun kain dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenun
Kata Terbitan : bertenun, menenun, tenunan,

Puisi
 

Jika Leman kekasih orang,
     Dipalit dengan tenun aksinya;
Ingat-ingat abang seorang,
     Balik belakang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cupak sudah tertegak,
     suri sudah terkembang (=terentang).

Bermaksud :

Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tenun Pahang Diraja warisan seni yang dimodenisasiNorjamilah Abd SalamSinar Harian09.07.2008
Tenun Pahang fabrik dirajaSiti Zaleha JorimaiUtusan Malaysia18.04.2007
Tenun ikat menjana ekonomiHartini Mohd. NawiHarian Metro30.05.2006
Motif tenun ikat losengNorwani Md Nawawi, Dr.Kosmo17.03.2008
Kesukaran tenun punca harga songket mahalSuhana RoslanBerita Harian14.08.2007
Kualiti Tenun Pahang Diraja-Kosmo04.07.2006
Kain tenun Filipina boleh selamatkan ibu bersalinTiadaMingguan Wanita19.06.1987
Batik, tenun jangan sampai kita ketagih milik sendiriRosnani RipinBerita Harian (Sastera dan Budaya)31.10.2000
Legasi kain tenunNorwani Md Nawawi, Dr.Kosmo04.02.2008
"Ulap Doyo" tenun tradisional suku Dayak BenuaqRatty SupitMutiara29.01.1988
12

Kembali ke atas