Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rap] | ترڤ

Definisi : (térap) Kl, Tr mengemas dan menyusun (pinggan, periuk, dll): tolong ~ baik-baik sikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kulitnya boleh dibuat tali, cawat, dll), Artocarpus elasticus; getah ~ getah drpd pokok terap (utk menang­kap burung); menerap menggetah burung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : ark; berterap berukir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : Jh acuan kuih; menerap membuat kuih dgn menggunakan terap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : nama sj pokok yg kulitnya dpt dibuat tali, cawat dll, Artocarpus elasticus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : alat utk membentuk sesuatu (kuih dll); acuan. menerap mem­bentuk kuih dll dgn terap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.rap] | ترڤ

Definisi : ; juru~ orang yg memasang dan membaiki jentera. menerap 1 memasang jentera. 2 mengikat bata dgn simen dll utk membuat dinding dsb. 3 mengikat permata pd cincin dsb. menerapkan 1 menyebabkan sesuatu diikat atau dipasang pd; mengenakan sesuatu pd. 2 ki memanfaatkan se­suatu teori (hasil penyelidikan dsb) utk sesuatu keperluan amali; mempraktikkan: ~ pengetahuan morfologi ke dlm penyusunan kamus. terapan 1 apa-apa yg diterap­kan; sesuatu yg dpt diterapkan. 2 hasil drpd menerap. penerapan 1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan. 2 hal atau perbuatan me­­ne­rapkan sesuatu teori dsb; hal mempraktikkan. penerap 1 orang yg kerjanya menerap bata, permata dsb. 2 orang yg menerapkan ilmu, nilai dll. 3 alat utk menerap sesuatu: ~ bata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terap
Kata Terbitan : menerapkan, penerapan,

Puisi
 

Pokok terap dipukul bayu,
     Bayu sampai ke kota raja;
Sudahlah adat kita Melayu,
     Pandai berpantun berguraulah senda.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Besar bungkus tak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, b. Tong kosong berbunyi nyaring).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
'Terap pengalaman dalam novel'Nazmi YaakubBerita Harian26.10.2006
Terap kempen budi bahasa dalam amalan harianLee Lam Thye, Tan SriUtusan Malaysia16.09.2008
Terap falsafah Jawa peringkat globalMohd. Nori OthmanWatan Minggu28.09.1997
Terap disiplin wartawan dalam novelNoor Sham SalehMetro Ahad26.04.1998
Terap nilai Islam bentuk negaraZainal Rashid AwangUtusan Malaysia10.06.1994
Terap budi bahasa melalui bangsawanAbdul Halim YaakobUtusan Melayu23.10.2005
Murakami terap konsep Sophocles-Berita Harian12.09.2006
DBP terap budaya cemerlangSabarina Kamarul BaharinHarian Watan06.12.1997
Radzuan terap motivasi pelajarTiadaMetro Ahad25.10.1998
Amiruddin terap teknik berzanji dalam pendeklamasianMohd. Zulyadain IdrisMingguan Famili07.02.1988
1234

Kembali ke atas