Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun.
Bermaksud : Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam.
102 Catch your bear before you sell its skin Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. Burung yang terbang dipipiskan lada Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Catch your bear before you sell its skin . Wait until they give you an appointment letter. Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
|