Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.di.ri] | ترديري

Definisi : 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, ter­jalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pe­muda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.di.ri] | ترديري

Definisi : 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdiri


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Peribumi di Filipina terdiri dari orang-orang MelayuTiadaUtusan Melayu13.11.1986
Pribumi Filipina juga terdiri daripada orang MelayuTiadaUtusan Malaysia13.11.1986

Kembali ke atas