Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rén.da/] | تريندق

Definisi : (teréndak) sj penutup kepala atau tudung yg lebar tepinya (dibuat drpd anyaman buluh, rotan, dll): sebentar-sebentar dia mem­buang ~ yg menutupi kepalanya dan menge­sat-ngesat peluh yg membasahi dahinya; ~ Bentan = ~ Melayu terendak yg merunjung ke atas (spt bentuk kerucut); ~ Cina terendak yg merunjung ke atas dan lentik tepinya; ~ lampu tudung lampu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rén.da/] | تريندق

Definisi : (teréndak) ; siput ~ sj siput, Xenophora solaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rén.da/] | تريندق

Definisi : /teréndak/ penutup kepala yg lebar tepinya, dibuat drpd anyaman buluh atau rotan. ~ lampu alat yg dibuat drpd kain (plastik dll) utk menyekat sinaran lampu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terendak (kata nama)
Bersinonim dengan tudung lampu, kerudung, serawung.,

Puisi
 

Pulau Tinggi Terendak Cina,
     Patah pasak di muka kurung;
Abang pergi janganlah lama,
     Buah masak diidam burung.


Lihat selanjutnya...(14)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Terendak gergasiTiadaUtusan Borneo14.01.2009
Ratu terendak rayu dana untuk kembang perniagaanTiadaUtusan Borneo14.04.2008

Kembali ke atas