Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.mah] | ترجمه

Definisi : menterjemah membuat kerja-kerja terjemahan; menterjemahkan 1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan; terjemahan 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; ~ bebas cara men­terjemah yg menunjukkan bahawa pen­terjemah tidak mengikuti gaya penulisan atau penyampaian penulis asal karya yg diter­jemah­kan; penterjemahan perihal (kerja, usaha, dsb) menterjemahkan; penterjemah orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.mah] | ترجمه

Definisi : ; menterjemah melakukan kerja menukarkan bahasa sesuatu ka­rang­an dsb kpd bahasa lain: Dia mengedit bukan ~. menterjemahkan menukarkan bahasa (sesuatu karang­an dsb) kpd bahasa lain: Sudah tiga bulan dia ~ buku itu, tetapi belum juga siap. terjemahan sesuatu (kar­ya dll) yg su­dah diterjemahkan; hasil menterjemahkan se­suatu. pen­ter­­jemahan perbuatan, hal dsb menterjemah atau men­ter­jemah­kan. penterjemah orang yg men­terjemah atau menterjemahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Terjemah semua rancangan InggerisTiadaBerita Harian25.07.1991
Terjemah buku perluMohd. Kamarudin MusaBerita Minggu24.07.1983
Terjemah: DBP sedia membantu - HassanTiadaWatan09.03.1979
Terjemah lebih banyak bahan sasteraTiadaBerita Harian06.03.1990
Terjemah tak cekap rosakkan bahasaTiadaBerita Minggu05.12.1982
Terjemah dan bukukan kertas-kertas kerja seminar Islam - RahmahTiadaUtusan Malaysia02.08.1984
Terjemah cerpen Melayu ke bahasa MandarinDaeng RamliakilMingguan Watan17.03.1996
Terjemah dokumen tender ke bahasa MalaysiaTiadaBerita Harian12.01.1985
Terjemah buku TionghuaTiadaBerita Harian14.10.1997
Terjemah lagi novel luar negeriRosli Nik MatBerita Minggu27.04.1986
12345678910...

Kembali ke atas