Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.ta/] | ترلتق

Definisi : 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.ta/] | ترلتق

Definisi : berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Puisi
 

Gulai umbut pucuk paku,
     Nasi terletak di muka pintu;
Lemah lembut puteri Melayu,
     Bijak memasak menjahit baju.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sambang penuh jala terletak,
     laut kering ikan mengempas.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kekuatannya terletak pada bahasa yang lincahRamli IsinUtusan Zaman26.04.1981
Kejayaan pengarang terletak pada penyorotan dialognyaKritikusMingguan Timur04.04.1976
Ada harapan terletakSyed Shafie M.HMingguan Famili11.10.1987
Kedamaian sesebuah rumahtangga terletak di tangan isteri - DatinSalmahFauziah RaufUtusan zaman07.09.1980
Kejayaan projek tidak terletak di tangan kerajaan semata-mataAbdul Samad IdrisUtusan Malaysia21.02.1992
Kepimpinan Melayu tidak terletak pada Mahathir sajaAhmad KamarUtusan Melayu29.10.1984
Kajian kempen membaca terletak kepada generasi akan datang -HadijahTiadaUtusan Melayu19.07.1983
Sastera Melayu tidak terletak konsep semata-mataAnwar IbrahimMingguan Malaysia30.10.1983
Tulisan jawi: nasib terletak di tangan pengetuaAmiruddin AliUtusan Malaysia05.05.1998
Kejayaan rencana saikolojis terletak pada pengolahanRuhi HayatBerita Harian12.05.1976
12

Kembali ke atas