Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : meneroka 1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru: menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu, biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. = menerokai menjalani, menempuh, meng­harungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; penerokaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) meneroka atau menerokai: ~ dlm tema dan teknik oleh para penulis seharusnya dilaku­kan berdasarkan pengalaman; angkasa­wan-angkasawan yg dipilih utk menyertai siri ~ ke angkasa lepas terpaksa menjalani ujian terlebih dulu; peneroka orang yg meneroka: ~-~ zaman dahulu membuka tanah dgn menggunakan kuda dan kapak sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; meneroka 1 membuka kawasan baru utk dijadikan kampung, sawah, ladang dll: Merekalah yg ~ kawasan hutan di situ utk dijadikan ladang. 2 ki memeriksa sesuatu yg belum jelas; menyelidik: ~ bidang fizik nuklear. penerokaan perbuatan atau hal meneroka. peneroka orang yg meneroka (membuka kawasan baru atau menyelidik sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teroka
Kata Terbitan : meneroka, menerokai, peneroka,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Teroka eleman seni baru, lamaRuhaiza RusminHarian Metro05.03.2007
Teroka tradisi MinangTiadaHarian Metro27.02.2007
Teroka alam rohSubashini RajandraKosmo08.02.2007
Azman teroka laluan baru dengan kumpulan sajak CanduL. C. FangBerita Harian (Sastera dan Budaya)27.02.2002
Arenawati teroka jalan yang jarang dijelajahi oleh penulis2Abu Zaki FadzilBerita Minggu07.01.1973
Shofia teroka tiga bidang seniGhazali Haji Che DinUtusan Malaysia22.02.1984
Nazmi teroka sastera mayaAl Abror Mohd. YusufMetro Ahad19.05.2002
Dunia Sophie teroka ilmu falsafahShaidah ShafieBerita Harian23.06.2007
Belum ramai teroka penulisan biografiMokhtar YusofUtusan Malaysia05.02.2002
Khalid Salleh teroka bidang penulisan skripKu Seman Ku HusseinUtusan Melayu19.02.1986
123

Kembali ke atas