Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : satu kurang drpd empat; ~ belas tiga campur sepuluh (13); ~ dimensi bentuk yg mempunyai lebar, panjang dan tinggi; ~ dlm satu terdiri drpd atau mempunyai tiga bahan, fungsi dsb dlm sesuatu barangan, kegiatan dll; ~ puluh tiga kali sepuluh (30); ~ pupu perhubungan persaudaraan antara orang yg moyang mereka adik-beradik; ~ suku a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; ~ sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran; masuk ~ keluar empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan; tiga-tiga setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~; bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; meniga menjadi yg ketiga; ~ hari mengĀ­ada-kan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; ketiga = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), keĀ­semua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; pertiga bahagian drpd sejumlah tiga bahagian; sepertiga satu pertiga, satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian, 33% (drpd sesuatu bilangan dll); mempertiga membahagi tiga; sepertigaan ark satu drpd tiga bahagian; ~ malam (yg akhir) larut malam (selepas tengah malam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiga I

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang dalam;
Teresak-esak menanggung rindu,
     Sampai tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(115)
Peribahasa

Tiga sudah berdiri habis.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan iaitu: ilmu, akal, dan mahir.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sa-Kali Bah Di-Lengkong TigaNoor S. IBerita Minggu03.12.1961

Kembali ke atas