Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.kar] | تيکر

Definisi : sj hamparan drpd anyaman daun mengkuang dll yg dibentangkan sbg alas duduk (tidur dll); ~ bangkar sj tikar yg kasar anyamannya; ~ bantal tikar dan bantal (segala alat utk tidur); ~ getah a) sj tikar kecil drpd getah (utk lapik tidur bagi kanak-kanak); b) sj tikar yg dibuat drpd bahan buatan utk melapis lantai; ~ ladang sj tikar yg kasar anyamannya; ~ pacar tikar yg berwarna; ~ putih tikar yg tidak berwarna atau bercorak; ~ rumput sj tikar yg dibuat drpd rami (menerung, pisang, dll); ~ sejadah = ~ sembahyang tikar (permaidani kecil dll) yg digunakan sbg tempat sembahyang; ganti (menggantikan) ~ = lepas bantal berganti ~ prb berkahwin dgn adik isterinya (atau saudara suaminya) yg telah meninggal; bertikar mempunyai atau ditutupi tikar: mahu tidak mahu, kami terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yg tidak ~ itu; bertikarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg tikar: kami ditempatkan di sebuah pondok yg beratap rumbia dan ~ buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.kar] | تيکر

Definisi : hamparan yg dibuat drpd anyaman daun mengkuang dll dan digunakan sbg alas duduk, alas tidur dll. ~ getah a. tikar yg dibuat drpd getah utk lapik tidur kanak-kanak. b. tikar yg dibuat drpd bahan buatan utk menutup lantai. ~ sembahyang tikar atau permaidani kecil utk tempat bersembahyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tikar (kata nama)
Bersinonim dengan serampin, kelasa, sejadah, hamparan, permaidani, ciu.,

Puisi
 

Tikar pandak sambar gelama,
     Mari bentang haluan perahu;
Saya hendak sudahlah lama,
     Saja tuan buat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Sudah bergulung lapik (= tikar) saja.

Bermaksud :

Sangat miskin, tiada pakaian untuk dipakai.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tikar BaruArbak OthmanBerita Harian25.10.2008
"Tikar Mengkuang" papaar soal darjatBaha AzuwanaWatan10.08.1991
Tikar MengkuangPujangga SeniMingguan Wanita05.04.1996
Tikar Mengkuang sentuh nilai budaya MelakaJamudin IdrisBerita Harian09.09.1998
Tikar Mengkuang drama realisme yang memikatSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia07.10.1998
Tikar Mengkuang papar perbezaan dua darjatTiadaBerita Harian05.10.1998
Tikar Mengkuang melucukanOsman LisutHarian Metro08.10.1998
Tikar Mengkuang cuit hati penontonEllyna AliBerita Harian08.10.1998
Tikar Sila Perkahwinan CucuZulkifli PutehMingguan Bumi01.06.1983
Tikar MengkuangAmir Hazlin LinBacaria26.12.1988
1234

Kembali ke atas