Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.das] | تيندس

Definisi : 1. menghimpit (menekan) dgn kuat: ~ kutu; 2. membuat dgn sekehendak hati (dgn kejam dll) terhadap, memeras, memperkuda, menganiaya: ia menerangkan bahawa pemberi pinjaman wang dapat ~ petani-petani dgn berbagai-bagai cara; 3. menumpaskan (pemberontakan dll), mengua­sai (menghapuskan dll) dgn kekerasan, menekan: parti komunis melaksanakan ajaran-ajaran Lenin utk ~ kebebasan peri­badi; pergerakan-pergerakan utk mendapat­kan kemerdekaan bagi negeri itu ditindas oleh kerajaan penjajah; tertindas ditindas, ditekan (dikuasai) dgn kekerasan: rakyat yg lama ~ itu akhirnya menentang pemerintah penjajah; tindasan 1. hasil perbuatan menindas, tekanan; 2. tembusan atau rakaman surat (stensil dll); penindasan perbuatan menindas: dlm pemerintahan diktator kerap berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia; penindas orang dll yg menindas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.das] | تيندس

Definisi : ; menindas 1 menghimpit atau menekan dgn kuat: ~ kutu. 2 melakukan sesuatu dgn sekehendak hati atau dgn kekerasan; menekan. 3 menghapuskan sesuatu (pemberontakan dll) dgn kekerasan atau dgn paksa. tertindas diperlakukan sekehendak hati atau dgn kekerasan; ditindas; ditekan. penindasan perbuatan atau hal me­nindas. penindas orang dll yg menindas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindas
Kata Terbitan : menindas, tertindas, penindasan, penindas,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tindih menindih dan tindas menindasHantu RayaUtusan Melayu12.05.1980
PM nafi meritokrasi tindas MelayuAkhbar:  Kosmo11.07.2005
Akta baru tidak untuk tindas akhbarFauzi HadiMingguan Wanita18.12.1987
Petualang : Papar kisah kaum pekerja di tindasWisharaBerita Harian17.02.1986
Diluluskan di peringkat majlis mesyuarat: rang undang-undang cetak takbertujuan tindas akhbar - MegatTiadaUtusan Malaysia04.12.1987

Kembali ke atas