Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.long] | تولوڠ

Definisi : = minta ~ minta bantuan (sokongan); tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantu-membantu, saling membantu; menolong, menolongi 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mem­punyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderita-an dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; ~ wang (fikiran, tenaga) menolong dgn wang (fikiran, tenaga); menolongi nyawa mele­paskan diri drpd bahaya maut; tertolong (sudah) ditolong, diselamatkan; tolongan ark = pertolongan; ketolongan beroleh pertolongan hingga selamat: agar ibunya ~; pertolongan perihal (perbuatan dsb) meno-long, sesuatu (yg digunakan) utk meno­long, bantuan, sokongan: dgn rahmat dan ~ Allah; ~ cemas pertolongan yg mula-mula (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.long] | تولوڠ

Definisi : ; minta ~ minta bantuan atau sokongan. tolong-menolong, ber­tolong-tolongan saling membantu; bantu-membantu. menolong 1 mem­bantu dgn wang, tenaga dll utk me­ringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. pertolongan 1 perbuatan atau hal memberi bantuan: Dgn ~ doktor, anaknya dpt diselamatkan. 2 = tolongan apa-apa yg diberikan utk menolong; bantuan; sokongan. penolong 1 orang yg menolong: ~ Pengarah. 2 alat dll yg digunakan utk menolong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau abang pandai merebat,
     Tolong rebat pokok keranji;
Kalaulah abang pandai mengubat,
     Tolonglah cari ubat tak mati.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Bak anjing tersepit.

Bermaksud :

Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tolong, tolong, tolonglah!Hantu RayaUtusan Melayu04.05.1981
Tolong Kami (Bosnia)DulBacaria14.09.1994
Tolong Saya Pak CikMasBerita Minggu (Singapura)01.03.1987
Tolong tandatangan buku ini pak..TiadaWatan19.03.1997
TolongWan Jaafar AhmadUtusan Zaman27.01.1985
Tolong!!Baharin RamlyMingguan Malaysia11.01.1987
Tolong jangan kusutkan keadaan - yang dipertua MTWPTiadaBacaria02.11.1994
Melayu tolong MelayuKhairuddin Mohd ZainUtusan Malaysia08.06.2006
Fragmen Tolong suatu pengakuanMarsli N. OBerita Harian01.09.2000
Fragmen Tolong teater perasaan yang menyindirRahimidin ZahariBerita Harian (Sastera dan Budaya)31.08.2000
12

Kembali ke atas